KUALA LUMPUR: Sebuah kilang kertas kitar semula di Banting diberi notis larang serta merta susulan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat sehingga menyebabkan seorang pekerja tempatan berusia 22 tahun maut dalam kemalangan, Rabu lalu.
Pejabat Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKJP) Selangor dalam satu kenyataan memberitahu, notis tersebut termasuk arahan larangan menganggu kawasan kemalangan.
Selain itu, menurut kenyataan itu, dua notis pembaikan turut dikeluarkan kepada majikan itu kerana gagal memasang penghadang pada bahagian berputar bagi mesin solid fuel conveyor dan mengadakan
interlocking dan sistem lockout–tagout (LOTO) pada mesin solid fuel conveyor.
"Di samping itu, surat arahan juga, dikeluarkan kepada majikan bagi menjalankan penaksiran semula terhadap risiko bagi kerja-kerja pembersihan di seluruh kawasan mesin solid fuel conveyor," katanya.
JKJP Selangor memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
"Sekiranya didapati ada unsur-unsur pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, majikan terbabit bakal berdepan tindakan perundangan," ujarnya.
Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, JKKP Selangor mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, mangsa bersama seorang rakan ditugaskan untuk kerja-kerja pembersihan di bahagian pully pada mesin solid fuel conveyor secara manual iaitu dengan menggunakan penyodok.
"Namun penyodok dan badan mangsa dikatakan tersangkut antara pully dan tali sawat conveyor yang sedang beroperasi, menyebabkan mangsa tertarik dan berpusing pada pully dan terjatuh melalui sebuah lubang belting tensioner yang berada bersebelahan dengan pully tersebut.
"Mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 24 meter dari aras lantai," jelasnya.
Katanya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika tiba di hospital.
Menurut kenyataan itu, JKKP Selangor mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan, sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut yang tular di media sosial, sejak Rabu lalu.
"JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.
"Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," tambahnya.
Menurut kenyataan itu, ia bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
"Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melaporkan kemalangan maut yang berlaku dengan serta merta ke JKKP dengan cara yang paling cepat seperti mana yang termaktub dalam Peraturan 5 (1), Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004." katanya.
Kenyataan itu memberitahu, kejadian seumpama itu boleh dielakkan sekiranya majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Umavathi Ramayah
Fri Dec 29 2023
JKJP Selangor memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut. - Gambar FB Nazrul Syazwan
Siti Nurul Masyitah ditempatkan di ICU - Keluarga
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.
Samsung TV: Era baharu televisyen dikuasakan AI
Samsung Electronics Malaysia melancarkan barisan televisyen dikuasakan kecerdasan buatan (AI) tercanggihnya, menampilkan model baharu Neo QLED 8K dan 4K serta OLED.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Lawrence Wong angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura
Pelancong perlu keluar dari Arab Saudi sebelum 29 Zulkaedah
Laporan Haji 1445H/2024M bersama Dr Azlinariah Abdullah dan Linda Salim dari Mekah menumpukan mengenai ketegasan kerajaan Arab Saudi memastikan kelancaran operasi haji pada tahun ini dengan bertindak memulakan tangkapan ke atas mana-mana individu yang menyalahgunakan visa pelancong untuk tujuan mengerjakan haji.
#AWANI745
#AWANI745
Siti Nurul Masyitah sering ulang alik jaga ibu
Siti Nurul Masyitah yang mengalami kecederaan parah masih ditempatkan Unit Rawatan Rapi sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri Johor. Bagaimanapun abangnya, Muhammad Syafiq memaklumkan adiknya berada dalam keadaan stabil dan melakukan prosedur pembedahan tulang pelvis dan bahu kanan, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Dua pegawai kanan badan berkanun seleweng projek RM1.2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan DUA Pegawai Kanan Badan Berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan Menyeleweng dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi Projek Pembangunan bernilai RM 1.2 billion.
#AWANI745
#AWANI745
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
Pemain Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
#AWANI745
#AWANI745
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Selasa.
Lawrence Wong selesai angkat sumpah Perdana Menteri Singapura keempat
Lawrence Wong, 51, selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu pada Rabu.
Beliau menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri republik itu sejak tahun 2004.
Lawrence sebelum ini telah melantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri republik itu sejak tahun 2004.
Lawrence sebelum ini telah melantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku apabila bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
JKKP tutup lokasi letupan bunga api untuk siasatan lanjut
JKKP Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan menutup lokasi letupan bunga api di sebuah hotel di Port Dickson untuk siasatan lanjut.
Kilang kitar semula di Banting kena notis larangan kerana pekerja maut terjatuh
Sebuah kilang kertas kitar semula di Banting diberi notis larang serta merta susulan kematian seorang pekerja.
Pekerja maut ditimbus simen mampat
Sebuah kilang simen di Hulu Kinta, dekat sini diarahkan menghentikan kerja-kerja pembersihan silo selepas seorang pekerja warga asing maut akibat ditimbus simen mampat, pada Isnin.
Pekerja kilang maut tersepit mesin penarik fiber
Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit di dalam mesin penarik fiber di dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning, di sini hari ini.
Tiga pekerja maut dalam lubang pembetung di Cyberjaya
Tiga pekerja kontrak pemasangan kabel telekomunikasi warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, hari ini.
Dua maut, dua cedera dalam letupan di loji kimia di Samalaju
Dua pekerja sebuah syarikat perindustrian di Samalaju Bintulu, maut dalam insiden dipercayai letupan loji pada petang Isnin.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu
Seorang pekerja warga Nepal maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Nilai dekat sini pagi tadi.
JKKP arah lombong henti operasi selepas pekerja maut jatuh dalam palong pengisar
Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
[KOLUMNIS] Kongsi hasil siasatan kemalangan runtuhan struktur perancah untuk elak kejadian berulang
Runtuhan struktur perancah terutamanya dalam kerja-kerja konkrit merupakan salah satu faktor penyebab kemalangan di tapak pembinaan.
Mesin minuman rosak jadi punca dua pekerja McDonald's Peru maut
Dua orang pekerja McDonald's, Alexandra Porras, 18, dan Carlos Gabriel Campo, 19 terkena renjatan elektrik pada Ahad lalu sewaktu bertugas.